Blog Bahasa Melayu Saya
Wednesday, January 11, 2012
Tuesday, August 23, 2011
Karangan Contoh Naratif
Terlalu Penat
Aku sudah bersedia. Hari ini aku akan melakukannya. Aku tidak boleh takut. Aku harus memberanikan diri aku. Aku tiada pilihan lain. Aku tidak lagi mahu hidup dalam penderitaan begitu dan bersubahat dalam dosa-dosa yang dilakukan oleh suamiku.
Tiba-tiba loceng pintu berdering. Aku bergegas ke pintu untuk membukanay. Tanpa memberi salam, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tangan yang aku hulurkan untuk menyalamnya tidak disambut olehnya.
"Mana kopi aku?" Jeritannya menggegarkan gegendang telingaku. Dengan cepat aku pun menuangkan air kopi ke dalam cangkir dan memberikan padanya. Itulah yang dibuatnya pada aku setiap hari selepas dia pulang dari pejabat. Kakinya diletakkan di atas meja dan begnya dicampakkan sahaja ke atas sofa yang berwarna coklat itu. Aku pula seperti babu yang bekerja secara percuma untuknya.
"Eh, engkau ni bodoh ke apa? Isteri apa engkau ni? Buat kopi pun tak tahu! Tawar!" belum aku sempat mengambil semula cawannya untuk ditambahkan gula, air kopi yang panas itu telah pun disiramkan ke mukaku. Rambutku ditarik-tariknya. Sakit! Sakit, Sakitnya! Aku bertalu-talu meminta maaf kepadanya. Sebenarnya aku tidak sepatutnya meminta maaf kerana dia seharusnya memahami aku sedang berpuasa Ramadhan. Tiada pun rasa belas terhadapku yang sedang menjalankan ibadah puasaku. Titisan airmata mengalir bagaikan air paip, di pipiku. Pipiku yang gebu itu dihinggapi sepakan yang tidak henti-henti. Hanya kerana air kopi yang tawar aku didera seperti ini.
"Eh, engkau ni bodoh ke apa? Isteri apa engkau ni? Buat kopi pun tak tahu! Tawar!" belum aku sempat mengambil semula cawannya untuk ditambahkan gula, air kopi yang panas itu telah pun disiramkan ke mukaku. Rambutku ditarik-tariknya. Sakit! Sakit, Sakitnya! Aku bertalu-talu meminta maaf kepadanya. Sebenarnya aku tidak sepatutnya meminta maaf kerana dia seharusnya memahami aku sedang berpuasa Ramadhan. Tiada pun rasa belas terhadapku yang sedang menjalankan ibadah puasaku. Titisan airmata mengalir bagaikan air paip, di pipiku. Pipiku yang gebu itu dihinggapi sepakan yang tidak henti-henti. Hanya kerana air kopi yang tawar aku didera seperti ini.
"Perempuan tidak berguna! Kononnya engaku puasa, jadi engkau boleh beri air kopi tawar ini? Kau hendak sindir aku ke apa? Kalau macam ini, aku ceraikan kaulah! Aku ceraikan kau dengan talak satu! Perempuan tak berguna!" Dengan muka yang bengis seperti singa; apar lalu dia melafazkan kata-kata tersebut.
Aku terperanjat. terpaku buat seketika. Akhirnya, permintaan yang selama ini ingin aku minta akhirnya diberi kepadaku tanpa perlu aku melafazkan. Rasa lega bercampur aduk dengan kegembiraan berbunga di hatiku. Tidak lagi terasa sengatan di pipiku akibat tamparan yang bertalu-talu menghingapi pipiku. Aku mengangkat tangan tanda bersyukur kepada Ilahi kerana mengkabulkan doaku. Perkara yang aku ingin meminta pada suamiku, diberikan kepadaku tanpa aku memintanya. Terasa seperiti perahu yang selama ini terikat di pokok telahpun dilepaskan dan aku sekarang bebas dari segala rasa sakit, hinaan, penderitaan, dan tangisan. Aku sekarang di tangah laut yang luas. Aku bebas dari syaitan yang bertopengkan manusia itu. Aku bebas dari Kamarul, suami yang hanya memberikan kegelapan dalam hidupku. Suami yang sedikit pun tidak berhati perut. Aku rasakan seperti seekor burung yang baru terlepas dari sangkarnya.
Monday, August 22, 2011
Karangan Contoh Fakta/Expositori
Persediaan Menghadapi Peperiksaan
Semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini ingin menikmati kehidupan yang sejahtera dan berjaya. Begitu juga dengan nasib dan masa depan pelajar yang terpaksa berhadapan dengan peperiksaan untuk menentukan nasib seterusnya. Kejayaan seseorang pelajar dalam mengharungi hari-hari peperiksaan bergantung pada persediaan yang dilakukan. Persediaan yang lengkap, terancang, dan tersusun akan membuahkan hasil yang lumayan.
Setiap pelajar perlu sedar akan kepentingan pelajaran. Falsafah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian merukan gambaran terbaik untuk dijadikan contoh. Oleh itu, ketika melalui saat genting seperti peperiksaan, mereka perlu membuat persediaan agar mereka tidak akan kecewa apabila mendapat keputusan.
Ulang kaji merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar setiap hari supaya dapat menyediakan diri mereka dengan pelbagai kemungkinan. Pelajar juga perlu menumpukan perhatian yang lebih serius ketika belajar dan sentiasa bersedia. Mereka juga perlu mengisikan sikap malu bertanya kepada kepada guru atau rakan sekiranya mereka mempunyai masalah dalam pelajaran.
Pelajar perlu bijak ketika menghadapi peperiksaan kerana sebarang kesilapan yang dilakukan akan menyebabkan pelajar kecewa. Pelajar yang akan mendapat kejayaan ialah pelajar yang mempunyai perancangan dan strategi yang betul.
Kesungguhan pelajar dalam menuntut ilmu perlulah berterusan dan tidak seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja supaya dapat menguatkan daya ingatan dan meningkatkan kecekapan mereka dalam pelajaran.
Tanggungjawab sebagai pelajar bukan hanya belajar sebaliknya menyediakan diri untuk menjadi manusia yang berguna dan dihormati. Hal ini kerana merekalah bakal pemimpin negara pada masa hadapan. Setiap pelajar perlu sedar bahawa persediaan menghadapi peperiksaan perlu dilakukan kerana hanya orang yang belajar secara berterusan akan beroleh kejayaan.
Wednesday, August 17, 2011
Kesiapan peperiksaan
Bagaimana saya meniyapkan untuk peperiksaan? Itulah satu soalan yang Cikgu Jannah bertanya saya. Caranya untuk menyiapkan untuk peperiksaan ialah saya belajar banyak dan bekerja keras di dalam pelajaran saya. Saya pun tak makan banyak makanan ringan dan menjaga kesihatan dengan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya pula berlebih bersenam untuk 60 minit. Setiap malam, sebelum saya tidur, saya membaca buku cerita untuk meningkatkan bahasa saya, membaca buku teks untuk meningkatkan konsep Sains dan menghafal fakta sejarah dan geografi atau membuat latihan ilmu hisab. Dan itulah caranaya saya menyiapkan untuk peperiksaan.
Dibuat pada hari Khamis, 18 Ogos 2011
Oleh Bani Muhamad Iyad, 2G
Subscribe to:
Posts (Atom)

